Monday, November 5, 2012

gusar. sedih. buntu..

janji Allah pasti berlaku.

      Assalamualaikum wbt,

 wahai diri, ketika kau menyaksikan kemungkaran,apa tegar kau biarkan sahaja di depan matamu?
 kelak pabila ditanya Tuhan Rabbul Jalil tentang tindakanmu, apakah yang akan kamu suarakan?

wahai diri, kala teman-temanmu ralit diulit cinta duniawi, 
menjerumus mereka hampir pada zina, merosakkan masyarakat serta akidahnya, apakah kau berdiam diri?
kelak apa yang akan kau jawabkan pabila dipersoalkan Tuhan Rabbul Jalil di mahsyar nanti?

wahai diri, saat teman-temanmu berpakaian yang tidak menutup aurat, apakah bisa kau pandang sahaja tanpa belas? bahawa inci tubuh mereka itu akan diazab sekeras-kerasnya oleh Tuhan Rabbul Jalil?
apa jawabanmu di mahsyar nanti? 

wahai diri, saat teman2mu mencari sahabat untuk mendapatkan nasihat, apa bisa kau lari dan biarkan sahabatmu begitu sahaja?
apa jawabanmu pada tuhanRabbul Jalil di mahsyar kelak?

wahai diri, jika begitu, jangan kau terkejut jika di mahsyar nanti, teman2 mu merayu pada tuhan Rabbul JAlil, bahawa kau yang tidak menasihati mereka, tidak peduli pada mereka, mengabaikan mereka, dan memohon sang Rabbul Jalil menyeretmu ke neraka bersama2 mereka.

apa bisa kau lepas? apa bisa kau ketawa? apa bisa kau minta putaran waktu untuk kembali mengajak mereka?
TERLAMBAT.